Assalamualaikum
wahhh...lamanya dah tak tulis dalam blog ni....inilah kesannya bila ada satu lagi laman web iaitu FB yang memang laju dan boleh dapat cerita2 yang up to date bila2 masa..memang kalau tak tengok FB sekali sehari memang tak sah..
Tapi hari ni aku bukan nak sembang pasal FB...aku nak cerita sikit pasal suasana Hari Raya 2009 di Manchester ni.
Memang meriah...itulah yang dapat aku gambarkan pada korang. Kalau di Malaysia, suasana meriah mungkin dari pagi Raya sampailah tengahari. Sebab kan cuaca panas. Nak berjalan walaupun naik kereta di Malaysia, terasa cepat penatnya.
Tapi di UK ni lain sikit. Sejuk-sejuk "dingin subuh" sepanjang masa. Memang tak berpeluh. Hari Raya pertama dalam hujung-hujung musim summer adalah waktu yang memang best untuk beraya. Cuaca sinar mataharinya menyerlahkan seri baju kurung sesiapa yang datang beraya. Masing2 nampak cantik dan anggun. Masing2 nampak segak dan bergaya.
Kebetulan tahun ni ada 8 rumah terbuka pada Raya pertama di kawasan terdekat. Belum lagi yang buat rumah terbuka pada Raya kedua, ketiga, kelapan, kesepuluh. Memang meriah.
Makanan pulak semuanya macam yang ada kat kampung. Kalau belah Johor, Johorlah. Kalau utara, utaralah, kalau Pantai Timur, Pantai timurlah. Sambil makan, topik perbualan tak lain mesti sembang pasal hal2 semasa di sini dan jugak di Malaysia. Ada pulak yang ambil kesempatan memperkenalkan diri jika ada yang baru sampai, ada jugak yang sempat tolong kempenkan calon2 AJK MCCH tahun depan.
Kesimpulannya, suasana tetap sama meriahnya, walaupun jauh dari keluarga tersayang di Malaysia. Tapi entahlah, jika ada jugak yang bersedih.
Oklah tu....
13 October 2009
1 February 2009
Yang Pahit Tapi Baik
Aku akan sentiasa rasa bangga dalam seminggu dua ini. Kenapa pulak aku bangga? Sememangnya aku bangga sebab aku telah berjaya menempuh satu lagi cabaran yang aku tidak jangka akan kesannya pada diriku sendiri. Tarikh Jumaat lepas merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku. Bagi orang lain aku tak tahulah, tapi hari tersebut memang akan aku ingat sampai bila2.
IPGRC 2009 telah berlansung dengan jayanya, penyampaian setiap kertas-kertas konferens telah berlansung dengan lancar dan BERSEMANGAT sekali.
Mana datangnya semangat ini? Kisah ini bermula dengan tak pasal-pasal sejak kami kena hantar abstrak untuk kertas konferens anjuran BuHu 2009 di The Lowry, Salford Quay http://www.irw.buhu.salford.ac.uk/2009/Main.htm Sejak itu proses penyediaan dan penulisan kertas selalu menimbulkan tekanan sehingga ada yang melakukan perkara-perkara yang melucukan seperti kembara menangkap ketam di Bangor lah dan ada juga yang melibatkan diri dalam menaikan keperihatinan dan reaksi orang Melayu Manchester disebalik Perang Palestine di Gaza lah. Di tambah pula dengan ada yang sering di terjah oleh Supervisor bertanyakan pasal methodology dan power point tak cukup pointnya. Ada pulak yang tak cukup motivasi dan ada jugak yang tak cukup sokongan supervisor. Hai, macam-macam hal.
Tapi semuanya terjawab apabila tibanya hari presentation, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Bila tengok orang present, macam-macam gaya pulak yang keluar.
Ada yang keras tegak pegang rostum tanpa memandang audience, garang je bunyinya..
Ada pulak yang tersasul tercakap melayu, "baik..baik..",
Ada yang berjalan sambil bercakap,
Ada jugak yang steady je sambil dipuji Chairman,
Ada yang resah pada mulanya, tapi ok bila nak hujung-hujung
Ada yang senada je suaranya macam baca text ucapan berita TV
Ada yang banyak sangat aummm nya
Ada yang keras suaranya sambil body languagenya yang terover acting ibarat menari-nari
Ada yang rasa tercekik sampai suara tak keluar..(itu akulah)
Tapi yang sebenarnya kita tabik pada semuanya kerana masing-masing nampak begitu berSEMANGAT dari awal hinggalah akhir program tersebut. Rupanya pengalaman "pertama" sebegini, sememangnya perlu dilalui oleh setiap Phd student. Bukan apa, pada masa inilah kita sedar yang kita telah diperhatikan oleh supervisor secara dekat (sampai gabralah) dan mereka pula tidak lansung mendown-gradekan student-studentnya bahkan puji lagi dan bersikap positif selalu. Ini yang patutnya kita contohi bila balik Malaysia nanti.
Itulah yang pahit tapi baik sebenarnya.

8 January 2009
Kisah terbaru Kami
Kami dah pindah rumah baru...rumah lama kami dah serah balik ke Amir Salam, tarikh masuk rumah kami ialah pada 1hb November 2008. Tuan rumah yangbaru, Mr Nawaz, nampak ok dan baik orangnya. Dia gantikan dapur gas yang baru dan jugak tombol pintu masuk rumah kami. Selesa sikitlah kalau dibandingkan dahulu, kami sewa rumah ini dengan harga £480 sebulan. Agak mahal kalau dibandingkan dahulu, kalau dulu cuma £380 aje sebulan. Empat bilik dan dapurnya yang agak besar, sudah cukup membuatkan Lili berasa puas hati. "..nanti bolehlah kita isikan perabut yang beli dari ebay pelan-pelan" katanya bila tengok tuan rumah bersungguh-sungguh nak kami tinggal di rumahnya.
Dua bulan dah berlalu...nampaknya kami sudah serasi dengan keadaan rumah kami ni. Cuma Hj Farid sekeluarga yang menjadi jiran terdekat kami. Agak jarang jugak Hj Farid menjemput kami ke rumahnya..mungkin sibuk sangat kut, lagipun, kami kami pun mempunyai aktiviti harian yang agak tak sesuai masanya untuk menjengah kerumahnya itu. Kami pun sebenarnya sama jugak, jarang menjemput beliau sekeluarga datang ke rumah. Tapi kami tahu Hj Farid hatinya baik dan dia pun tak kisah sangat...memang adat berjiran begitu, selalu jugak kami terserempak dengan Hj Farid masa sama-sama hendak hantar anak masing-masing kesekolah pagi-pagi...apa lagi, kami cuma angkat tangan jelah sambil geleng kepala.....kelakar jugak sebenarnya....
Cuaca yang sejuk sangat baru-baru ini memang mencabar kehidupan kami di bumi Manchester ini. Tidak pernah pada tahun-tahun sebelum ini suhu sejuk boleh jatuh hingga sampai - 10 Celcius. Beku, air batu dimana-mana kat luar sana. Kadang-kadang sejak tiga empat hari ni, salji tebal mula turun pada tengah-tengah malam. Dalam rumah pulak, tak boleh sangat bukak central heating sepanjang masa. Tahu-tahulah nanti bil gas dan letriknya melambung pulak. Tapi kadang-kadang tu, kena buka jugak sampai berjam-jam...eeeeee...manalah tahan sejuk ooiii...nanti dapat sakit pulak....kesian kat budak-budak sebenarnya. Sekarang ni, kalau anak-anak kami hendak makan apa-apa sebab cepat lapar, kami terus masak je. Makan dengan anak-anak ni memang seronok. "Apa lagi, naiklah berat badan ni, tak seksi lagilah body ni.." kata Lili...hahaha
Bagaimana keadaan cuaca, keadaan ekonomi Uk jugak jatuh secara mendadak. Ini semua berikutan keadaan ekonomi dunia jugak yang jatuh teruk. Credit Crunch, itulah perkataan yang disebut-sebut orang putih sini setiap hari. Semua kedai-kedai barangan branded yang nak ditutup semuanya terpaksa memberhentikan beribu-ribu pekerja-pekerjanya. Ada jugak bank-bank yang menutup cawangan-cawangan mereka, sebab business activities di kawasan-kawasan mereka banyak yang gulung tikar. Laporan terbaru, GBP sterling jatuh berbanding matawang Euro sampai 96 pence untuk 1 Euro. Satu cerita yang tak biasa kita dengar. Apa-apa pun kami doakan keadaan ekonomi Malaysia sentiasa diuruskan dengan baik.
Percutian krismas adalah yang terbaru dari kami. Kami telah akhirnya sampai di bumi Scotland pula. Mulanya tak yakin dengan kereta Ford Mondeo 95Auto 1.8 kami tu, tapi ok jugak rupanya. Alhamdulillah , seronok dan hati puas bila tengok permandangan dan bandar-bandar utama seperti Glasgow dan Edinburgh dan jugak Newcastle. Semua gambar-gambar ada dalam FB kami. Ramai jugak kawan-kawan yang komen gambar-gambar tu. Kami ketawa , geli hati bila sebahagian dari komen-komen itu, terkejut yang macamana kami tiba-tiba boleh sampai ke St Andrew, pusat golf terkemuka bertaraf dunia yang menjadi idaman setiap pemain golf untuk berada di situ. Apa nak buat...memang rezeki kami..insan terpilih..... hehehehe....
Sekali lagi, memang betul kata orang, semakin jauh perjalanan semakin luas pengetahuan..Lepas ni apa pula ye....

4 October 2008
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru buat dua orang adik aku yang kahwin serentak pada hari ini. Majlis di rumah kampung aku kabarnya sangat meriah dengan kedatangan tetamu yang tua muda serta yang jauh dan yang dekat, yang kenal dan yang tak kenal..Memang kesemuanya datang ke majlis yang agak sudah lama tidak dibuat.... sejak majlis perkahwinan aku. dulu. Kali ini majlis berjalan lancar seperti yang dirancang dari mula lagi.
Cuma kali ini adalah lebih berbeza dari tahun2 yang sudah....IBU dan ANIS pergi buat selama-lamanya....aaahhhh rindu betulah......aku redha....cuma kekadang ...apa yang supervisor aku cakap..yang rindu jugak boleh melalaikan kita dan kita harus tak boleh memikirkan soal urusan Allah dengan si mati lagi.

3 September 2008
Di kau pergi tanpa pesan
Assalamualaikum.
Hari ini sudah masuk hari kedua adik ku yang bongsu meninggalkan dunia ini. Perginya dia dalam keadaan tenang dan pilu. Pergi kerana Allah sudah tetapkan tarikh dan detik waktunya untuk tinggalkan semua orang yang hidup di bumi ini, termasuklah aku, abang sulongnya. Semua yang mengenali datang menziarahi mayat adik ku, tapi tak termasuk aku. Kenapa? Kerana aku sekarang berada di tanah orang asing, di bumi bertuah, seperti UK ini terlalu jauh nak aku terangkan.
Alahai, adik, kesian bila abang dengar yang kau terlalu rindukan arwah ibu yang dah lama takda. kesian abang dengar bila kau ditimpa kesusahan tapi kau tak dapat nak ceritakan pada abang apa masalah kau. kesian abang rasa bila kau sering dipersalahkan bila kau tak dapat memenuhi kehendak ayah dan semua orang. kau tahan semua tu, kau sabar dengan cara kau sendiri. Akhirnya..terjawaplah persoalan, kemanakah akan kau pergi dalam hidup kau....akhirnya..Allah dengar doa kau....akhirnya kau pergi meninggalkan kami... tanpa pesan..
Abang akan teruskan cita-cita kau dik, abang tahu abang tak kuat semangat macam kau tapi abang akan usahakan ia juga. Selebihnya biar Allah yang tentukan.
Abang akan selalu doakan agar roh mu akan dicucuri rahmat dan semoga kau berada di sisi ibu kita ye dik.
Sekian
Abang

19 August 2008
My advisor
I am sorry. I think I a little bit busy at the moment. Busy with writing most of the time. Always, the thing that make me sick (US terms for getting fed up) is when you don't know how to end this work like professional writers. Maybe the best thing to do first is not to giving up easily. Try and re-try writing again.
16 July 2008
Malaysia perjalanan
There are so many things happening in Malaysia at this moment. Politics, food crisis, oil crisis, subsidies, police, Anwar Ibrahim etc..
Something concerned me was, how the communities who live in the rural areas, far away from anything..like in sabah and sarawak...do they cares about all those things...

Subscribe to:
Posts (Atom)